Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taiping, dari tahun 1-6(1994-1999). Berada dalam kelas Mawar dari mula sampai habis sekolah.
Sekolah Kebangsaan Taiping
Masuk tingkatan 1 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burahnuddin. Sampailah habis tingkatan 5.Rasa-rasanya nilah masa yang paling seronok,sebab paling ramai kawan-kawan. Masa nilah masa paling nakal, almaklumlah jiwa remaja.
Habis je SPM sambung sekejap tingkata 6 dekat sekolah yang sama.Tapi dapat tawaran sambung belajar ke Politeknik Ungku Omar. Ni la kali pertama nak belajar jauh daripada mama dan baba. Sedihlah juga, tapi bila dah ada kat sini rumah pon jarang nak balik..Tapi jauh sangat ke Ipoh dengan Taiping?
Bolelahkan... Mengambil jurusan Sijil Teknologi Maklumat.Sangat meminati bidang ini.Seronok dapat belajar edit mengedit, multimedia dan macam-macam lagi.
Tunggu punya tunggu, niat hati nak sambung diploma teknologi maklumat, tapi dah bagai menunggu bulan jatuh keriba dah kan. Kerja sekejap kat sebuat cyber cafe. Dalam sedih-sedih tak dapat sambung sedangkan kawan-kawan lain dah sambung tiba-tiba dapatlah tawaran belajar dari UITM. Hati ni mula-mula memang berat sangatlah nak sambung sebab dapat course yang berbeza, tapi mama kata nak tunggu sampai bila? Kira rezeki tuhan ni. jadi disini lah saya sekarang. Di Uitm Seri Iskandar, mengambil jurusan teknologi pejabat. Memang lain sangat dengan juusan yang saya ambil di poli. Tapi Ilmu ni tak rugi kalo kita ambil. Tambah ilmu didada.



No comments:
Post a Comment